Thursday, May 26, 2011

hidup berserdehana mengajar erti kesyukuran...

assalamualaikum...

tiba-tiba rasa nak update blog...walaupun sebenarnya takde idea dan bahan untuk disampaikan...tajuk utk post kali ni masih berkisar tentang kehidupan...ketika melayari web sosial facebook tadi...banyak aku lihat status rakan-rakan yang berkisar tentang kehidupan masing-masing...ada juga yang mengukir kata-kata motivasi dan nasihat...tak kurang juga yang menampilkan tajuk-tajuk kontroversi...samada untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan lain atau sekadar suka-suka...aku pun sentiasa juga meng"update" status tanpa mempunyai maksud tersirat...kadang-kadang ada juga yang tersalah anggap...namun terpulang kepada persepsi masing-masing...

sambil melayari laman facebook...aku lihat ramai yang memuatkan gambar-gambar yang menarik untuk dilihat...tak kurang juga gambar-gambar yang tak seronok dilihat dan memalukan diri sendiri...seperti yang aku katakan...terpulang kepada persepsi masing-masing...tuan punya gambar merasakan ianya adalah yang terbaik untuk dipaparkan dan pihak yang melihat pula boleh memberikan pandangan masing-masing berkenaan gambar tadi...

apa kena mengena facebook dengan tajuk post kali ni? kalau difikirkan apa yang dipaparkan di facebook menunjukkan kehidupan kita seharian dan siapa diri kita yang cuba kita tonjolkan...hakikatnya di alam realiti mungkin itu adalah yang sebenarnya atau sebaliknya...cuma diri masing-masing yang mengetahuinya...

dari pemerhatian aku selama ini...aku amat bersyukur dengan kehidupan aku kini...bersederhana dan Alhamdulillah aku bahagia...mempunyai orang tersayang dan keluarga serta rakan-rakan yang mengambil berat dan memahami adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya...walaupun aku tidak mewah...cukup sekadar untuk makan minum dan berbelanja sekadarnya tapi itu aku rasakan bukan merupakan satu kekurangan...malah ia satu kelebihan...

cuma itu sahaja coretan aku buat kali ini...fikir-fikirkan apa yang cuba aku sampaikan di sini...

"keluargaku hidupku"

wassalam

No comments: