Sunday, February 12, 2012

1st anniversary & mula bekerja semula.... (^_^)

assalamualaikum...

jumaat (03.02.2012) yang lepas merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama...Alhamdulillah...semoga perkahwinan kami diberkati dan bahagia sehingga ke syurga...semoga kami dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah serta sempurna sifatnya serta sihat tubuh badan...dimurahkan rezeki yang halal dan semoga impian kami tercapai...AMIN (^_^)

saye sayang ke b dan terima kasih kerana sudi menerima diri saye seadanya...walaupun perkenalan kita sebelum diijabkabul singkat cuma namun itu sudah cukup...percintaan yang kita sulam selepas ikatan ijab lebih indah dan bermakna buat saye...saat2 yang kita kongsi selama setahun ini amat saye hargai...hidup bersama ada asam dan garamnya...namun itulah warna warni kehidupan yang mengingatkan kita betapa nikmat Allah itu amat luas...usia setahun rumahtangga kita telah banyak mengajar saye tentang siapa diri saye yang sebenar dan siapa diri b...masih banyak yang perlu saye dalami tentang diri saye dan b...begitu juga sebaliknya...Insya Allah kita akan sentiasa mempelajari perkara baru setiap hari dan itulah yang lebih mendekatkan dan memesrakan kita...saling lengkap melengkapi...tegur menegur dengan cara berhemah...bertolak ansur dan banyak lagi yang telah kita sama2 pelajari selama setahun ini...yang penting kamunikasi dan kasih sayang antara kita...I LOVE YOU sayang...mmmmuaaaah (^____^)

tepat jam 10.35 pagi aku telah menghantar sms ucapan dan sejurus selepas itu aku menerima panggilan dari suami tercinta...setahun yang lepas...pada detik itulah kami selamat diijabkabulkan...suami bekerja ketika itu dan aku masih dalam pantang berada di rumah...bangun pada pagi itu aku telah mengucapkan selamat hari ulangtahun...walaupun tiada sambutan khusus namun ingatan itu yang penting...menghabiskan hari ulangtahun kami di putrajaya sangat indah....selama 3 hari kami berada di putrajaya...bersantai2 dan mengenang kembali kisah setahun yang lepas...detik2 penuh debaran dan suka duka sepanjang tempoh setahun pernikahan...banyak buat kami tersenyum...apa aku nak makan pun suami benarkan...maklum la tempoh berpantang sudah tamat...hehehehe TERIMA KASIH SAYANGKU UNTUK SEGALANYA (^___^)

khamis (09.02.2011)aku kembali ke pejabat untuk menyambung kerjaku...kerja menanti amat banyak dan aku selesaikan mana yang penting dahulu...aku cuma bercuti selama 44 hari untuk menghabiskan tempoh berpantang...walaupun aku boleh mengambil cuti bersalin selama 60 hari namun nak menunggu sehingga ke waktu itu amat meletihkan aku...kalau ada baby untuk aku jaga...aku akan ambil cuti semaksimum mungkin...aku redha dengan pemergian arwah anakanda nur hawa...duduk di rumah sampai aku dah tak tau nak buat apa...suami dah sibuk kembali bekerja...ma pun dah balik ke kampung...jadi tinggal la aku sorang2 kat rumah melayan diri sendiri dengan bermain komputer dan membuat kerja2 rumah...jadi dengan bekerja tidaklah aku merasa terlalu bosan...

semasa temujanji aku dengan doktor pada 30.01.2012 yang lepas...aku dimaklumkan sekiranya aku hamil...aku harus terus berjumpa doktor di hospital selayang...tidak perlu lagi ke klinik kesihatan selayang baru...semoga aku cepat2 hamil dan aku akan menjaga diri dan kandungan aku dengan lebih baik lagi...suami juga ada mengatakan supaya kami sama2 lebih menjaga kandungan sekiranya aku hamil...doktor memaklumkan bahawa aku dah boleh merancang untuk hamil dan perlu mengambil asid folik walaupun sebelum aku hamil...sebelum ini aku ingatkan fungsi asid folik itu hanya untuk tumbesaran otak bayi tetapi sebenarnya ianya juga untuk menguatkan rahim dan memudahkan proses kehamilan...Insya Allah aku akan buat dan berusaha yang terbaik untuk menjaga kehamilan aku selepas ini...AMIN (^__^)

rasanya setakat ini dulu...kalau ada apa2 lagi yang ingin aku suarakan...aku akan letakkan di sini...di fb aku cuma gunakan untuk mengikuti perkembangan semasa rakan2 aku dan mendapatkan apa2 maklumat yang berguna...aku akan kurangkan masa aku untuk fb...lebihkan masa untuk kerja2 lain...log off dulu

wassalam