Wednesday, November 4, 2009

Begitu Cepat Masa Berlalu

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik da 32 tahun insan bernama Wan Roslina Binti Wan Kadir berada di dunia ini. Di lahirkan oleh arwah bonda tercinta, Allahyarham Wan Kemala Binti Wan Daud dan diazankan buat pertama kali di telinga oleh arwah ayahanda tercinta, Allahyarham Wan Kadir Bin Wan Mohamed pada 08 September 32 tahun yang lepas.

Masih terasa kasih sayang yang dicurahkan oleh keduanya walaupun sudah hampir 13 tahun keduanya telah meninggalkan anak bongsu yang banyak kerenah ni. Semoga roh kedua bonda dan ayahanda dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal soleh dan dijauhkan dari seksa kubur sehingga hari kiamat. AMIN.

Selama 13 tahun ini banyak onak duri yang aku terpaksa tempuhi. Rasa macam drama swasta plak. Alhamdulillah mungkin atas berkat ajaran dan doa kedua arwah orang tua membuatkan aku sentiasa tabah dan berjaya menempuhi segala cabaran. Alhamdulillah aku juga dikurniakan adik beradik yang mengambil berat melayan kerenah aku ni. Keluarga yang aku takkan sekali-kali nak tukarkan dengan orang lain, keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Wujudnya masalah dalam keluarga sebenarnya ada hikmah di sebaliknya sekiranya direnung semula. I LOVEEEEE MY FAMILY.

Begitu juga kawan-kawan yang sentiasa mewarnai hidup ini. Seindah pelangi dan kadang-kadang semendung warna awan. Semua itu meninggalkan kenangan yang akan diingat sampai bila-bila.

"Ya Allah aku bersyukur atas nikmat dan kurnia-Mu. Lindungi aku dan keluargaku dan kawan-kawanku dan seluruh umat Islam di bumi-Mu ini dari malapetaka dan kesusahan. Lindungi dan bantulah rakyat Palestin yang sedang berjuang demi-Mu. Lindungilah umat-umat Islam yang sedang berjuang demi Islam di mana sahaja mereka berada. AMIN YA-RABB ALAMIN."