Saturday, October 22, 2011

konvo oh konvo

assalamualaikum...

hmmmm da hampir 4 bulan aku tak sentuh blog ni...nak kata takde masa tak jugak tapi bila penyakit malas datang memang ada masa pun jadi takde masa...sekarang aku di IAB Genting Highland...konvo kakakku nanie...ingat nak masuk dewan tapi on da way ke sini tadi angin kus kus menyerang naik sampai ke kepala...pening rasa macam nak muntah tapi angin je yg kuar jadi aku duduk kat dewan utk tetamu je la...selesa jugak sebab tak ramai org...ade free wifi lagi...ada meja n plug utk senang nak guna lap top...jadi aku amik peluang ni utk nak surf internet dan teringat pulak kat blog kesayangan ni yang da lama tak bukak n update...seronok jugak baca post2 lama...jadi kat sini aku nak update pape yang patut selama 4 bulan ni sambil2 tengok skrin besar kat dewan ni...

lepas hampir 2 bulan aku berenti keja akhirnya Alhamdulillah aku dapat keja tapi jauh sket dari umah...aku mula kerja pertengahan bulan 7 di wangsa maju...kira-kira 50 km dari umah di meru...hari2 gi keja lalu highway nkve ngan duke...aku congak2 hampir 25 hinggit jugak la aku habis tiap2 hari pegi n balik keja...kalau ada accident kat highway nak kena tenpuh jam lagi...biasanya perjalanan smooth je...45 minit da boley sampai tempat keja...cuma itu la yg tak tahannya kalau ada jam...jadi lepas da bincang ngan en suami tersayang...kitaorg amik keputusan nak pindah...jadi mula la episod mencari rumah...

bulan 8 mula berpuasa...tiap2 hari surf internet utk umah sewa dan tiap kali telefon biasanya umah da ada orang duduk...frust jugak tapi aku teruskan jugak...en hubby pun sibuk bertanya kawan2 n minta tolong carikan jugak...Alhamdulillah 2 minggu sebelum raya kami dapat rumah dan 2 minggu selepas raya kami pindah masuk...aku akhirnya dapat cari melalui facebook...hehehehe kalau dengar macam tak logik tapi itu la kuasa internet sekarang...rumah kecik sket tapi selesa dan memang dekat dengan tempat kerja aku n tempat kerja suami...10 minit ke tempat kerjaku dan 20 minit ke tempat kerja suami...semua yang berlaku ada hikmahnya...aku bersyukur sangat2... (^___^)

16.8.2011...sekali lagi aku menerima berita yang amat menggembirakan...aku positif ujian kehamilan yang aku buat sendiri di rumah...lepas tu 2 kali lagi aku buat ujian sendiri sebab macam tak percaya...aku keguguran bulan 4 dan disebabkan period aku tak tentu jadi aku fikir agak susah untuk aku hamil dalam masa terdekat...kita merancang dan Allah yang menentukan segalanya...aku dan suami menerima berita ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan...berita ini aku sampaikan kepada keluarga dan sahabat terdekat sahaja untuk minta mereka doakn agar semuanya selamat...aku masih belum mahu hebahkan sebab bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini memandangkan usia kandungan masih baru dan aku ada sejarah keguguran yang masih baru...Alhamdulillah sepanjang kehamilan aku sehingga ke hari ini aku tidak mengalami alahan yang teruk cuma perkara yang memang sejak aku bujang sentiasa ada iaitu angin dalam badan yang sampai pening2 aku dibuatnya...sekali sekala angin datang rasa macam penat sangat2...di awal kehamilan jugak aku rasa teramat letih...kaki pun macam bengkak...tapi Alhamdulillah sekarang semuanya dah berkurangan...masa berpindah pun suami nasihatkan agar jangan buat kerja berat2...dia dan kawan2 yang banyak membantu...sampai ke hari ini pun aku masih menyimpan rumah secara sedikit2...bimbang nak angkat benda2 berat...mengidam nak makan benda yang bukan2 pun takde...cuma kalau terkeluar je dari mulut ni terasa nak makan apa2 terus en suami cuba dapatkan...tq sayang sebab melayan diri ini...aku pun menjadi semakin sensitif sekarang...pantang ada perkara walaupun perkara kecil boleh buat aku tarik muncung sedepa...airmata pun senang nak tumpah...Alhamdulillah suami memahami dan kami pun sentiasa berbincang...nak masuk bulan ke-4 kehamilan perut aku dah membesar...kalau pakai baju kurung pun kain dah sampai ke dada...dah tak lekat kat perut...sekarang pun aku dah mula membeli baju mengandung...susah jugak nak cari baju yang mengikut ciri2 Islam...kebanyakan yang aku jumpa lengannya tiga suku dan kalau ada yang lengan panjang pun kainnya pulak jarang...waduh...akhir sekali aku jumpa baju2 yang bersaiz besar yang menepati citarasa aku di carrefour wangsa maju...jadi senang lepas ni tahu mana nak cari dan aku jugak ada beli baju melalui internet...harap2 bila da sampai nanti baju tu seperti yang aku bayangkan...doakan semoga sepanjang tempoh kehamilan aku ini tiada masalah yang timbul sehingga aku selamat melahirkan dan seterusnya membesarkan anak2 kami nanti...banyak jugak cerita2 yang kurang enak aku dengar tapi aku cuba abaikan dan fokuskan kepada kehamilan dan kesihatan aku...sampai sekarang aku hanya minum air kosong...pernah sekali 2 je minum air manis...tu pun sebab teringin sangat...cuma makan aku bedal semua kecuali makanan yang dinasihatkan tak boleh makan oleh kakakku sebab mengikut pengalaman diaorg ada makanan yang diaorg takleh makan...selagi boleh ibu akan cuba jaga kesihatan untuk anak ibu dan ayah...membesarlah anakku dengan sempurna sehingga kamu bersedia untuk melihat dunia ini...ibu dan ayah akan cuba menjadi ibu dan ayah terbaik untuk kamu...AMIN (^___^)

penyampaian sijil dah bermula...aku tengah menunggu giliran kumpulan kakakku bermula...nak amik video...gambar kat skrin macam kurang jelas...sekurangnya abe ayob boleh amikkan gambar kat dalam dewan...lagipun aku tengok kat skrin tadi gambar pun ada pihak IAB amikkan...TAHNIAH kepada kakakku tersayang atas konvo di IAB...semoga pembelajaran di UM pada masa ini akan menjadi secemerlang ketika di UPM dulu...tabahkanlah diri dan kuatkan semangat sepanjang berjauhan dengan keluarga ketika ini dalam meneruskan perjuangan sehingga bulan 6 tahun depan...aku sentiasa ada di sini kalau perlukan apa2...go go go u can do it!!!! (^___^)

oklah rasanya dah banyak yang aku coretkan di sini...nak bersedia nak meraikan org yang diraikan pulak...hmmmm rindu pulak nak sambung belajar...kalau ada rezeki aku pun nak sambung...Insya Allah...doakan semoga perancangan aku diizinkan Allah...AMIN (^___^)

akhir kata...semoga kandungan ibu sihat dan membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah bila besar nanti...Insya Allah... (^___^)

p/s: i love u sayang...terima kasih atas segalanya...sayang akan jaga diri dan baby kita dengan sebaik mungkin...bantu dan bimbing sayang ye...muaaaahsss (^____^)