Friday, April 8, 2011

Nikah-Honeymoon-Umrah-Pregnant

Assalamualaikum...

Hari ni Jumaat bersamaan 08.04.2011...dalam 9 hari lagi 1st anniversary on first time jumpa dengan suami tersayang...Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada raya cina yang lepas bersamaan 03.02.2011...aku bersyukur sangat2 sebab dipertemukan dengan suami tersayang...pernah satu ketika aku hampir2 berputus asa untuk berkahwin...di usia awal 30-an menyebabkan aku rasa dah takde harapan nak berjumpa dengan mr. right...tapi telah tertulis bahawa kami akan dipertemukan di usia aku 33 tahun...Alhamdulillah berkat doa yang tak putus2 aku sertakan setiap kali selepas solat...terima kasih SAYANG kerana menerima diri ini seadanya...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar...walaupun ada kekurangan tetapi aku bersyukur kerana tepat jam 10.35 pagi (Khamis, 03.02.2011) aku selamat diijabkabulkan dengan Mohd Sabri Bin Othman...yang penting persediaan telah dibuat sebaik mungkin...kita merancang dan Allah yang menentukan...sekiranya ada kekurangan harap para tetamu maafkan...terima kasih tak terhingga kepada sahabatku Noorhaffdzaniza Binti Baharudin atas segala pengorbananmu...kaulah sahabatku dunia dan akhirat... (^_^)

Selesai majlis akad nikah...majlis walimah bermula selepas zohor...ramai rakan2 lama yang datang...terima kasih kepada mereka yang dapat hadir dan juga terima kasih kepada mereka yang mengingati dari kejauhan...doakan agar ikatan ini diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat...AMIN

Seterusnya sessi penggambaran pada pagi keesokan harinya di Pantai Tok Bali...terima kasih kepada jurufoto ajil n ifa yang banyak mencadangkan aksi2 menarik untuk kenangan selamanya...petangnya suami pulang ke rumah di Labok untuk membantu persiapan majlis menyambut menantu...

Selepas zohor 05.02.2011 rombongan pihak perempuan tiba di Labok...rasa berdebar2 jugak sebab nak ke rumah mertua...sekali lagi kami menjadi tumpuan...rasa serba tak kena tapi aku redahkan juga...sambutan mesra dari keluarga suami membuat aku tenang...hilang rasa kekok dan gementar...keluarga suami keluargaku jua...Alhamdulillah keluarga di Labok semuanya baik2...aku dan suami hanya satu malam sahaja di sana sebab keesokan harinya kami bertolak ke Cherating untuk HONEYMOON....hehehehehe

Kami di Cherating selama 6 hari...menginap di The Legend Hotel & Resort...terima kasih to Kak Yah n Abe Lae for the sponsorship...di sana kami lebih mengenali diri masing2...maklum la kenal pun tak sampai setahun...bercinta selepas kahwin lebih seronok sebab semuanya HALAL...

Pulang ke rumah sewa di meru...kami mula berkemas...elok juga pindahkan barang2 sebelum pulang untuk majlis nikah...tidaklah kelam kabut sangat...pulang ke rumah KAMI amat menyeronokkan...sama2 menyumbang idea susun atur dan sama2 pergi membeli barang2 keperluan...rumah kami syurga kami...

Selepas sebulan pulang berhoneymoon...aku pergi umrah...walaupun berat nak tinggalkan suami keseorangan di rumah namun keizinan dan restu dari suami membuatkan aku terasa pemergiaan aku untuk beribadah kali ini lebih tenang dan mudah...Alhamdulillah sepanjang berada di sana segalanya dipermudahkan...walaupun terdapat perkara2 yang sukar namun semua itu aku anggap sebagai ujian Allah kepada hambaNya yang dikasihi...aku ke sana ditemani Kak Sah Kecik, Kak Nah n Mok...kali ini terima kasih to Kak Sah Kecik for the sponsorship...kami berada di Madinah selama 6 hari dan 15 hari yang selebihnya di Kota Suci Mekah...minggu ke-2 di sana aku mengalami selsema dan batuk2...Alhamdulillah aku tak demam...keadaan di sana yang berdebu kerana pembinaan di sekeliling Masjidil Haram membuat aku alah...Alhamdulillah aku bawak topeng muka...setiap kali keluar aku pakai dan minggu terakhir aku di sana...selsema dan batuk semakin sembuh...Alhamdulillah sampai di tanahair...selsema dan batuk aku sudah hilang...aku di sambut suami tercinta di KLIA...terima kasih SAYANG...

Period aku lewat!!! ketika di Mekah aku sudah rasa tak sedap badan...menunggu2 jugak bila aku nak period...risau sekiranya tak sempat nak buat Tawaf Wida'...sebelum bertolak ke Tanah Suci aku sudah menjalankan ujian namun mengecewakan...aku pujuk diri mengatakan belum ada rezeki...pulang dari kerja pada 30.03.2011 aku singgah di Giant Setia Alam dan memberanikan diri membeli pregnancy kit test buat kali ke-2...malam tu jugak aku test...Alhamdulillah POSITIF...aku tunjukkan pada suami...tersenyum lebar dia...hehehehehe namun aku masih tak puas hati...esoknya pulang dari kerja aku beli lagi dan awal pagi jumaat 01.04.2011 sekali lagi aku buat ujian...Alhamdulillah POSITIF jugak...pada hari ahad 03.04.2011 kami ke klinik di Setia Alam dan doktor mengesahkan aku mengandung...ALHAMDULILLAH...tapi doktor tak dapat pastikan usia kandungan aku...kata doktor dalam sebulan lagi boleh la scan nak tahu usia kandungan...

Alhamdulillah aku dan suami bakal menjadi ibu dan ayah...doakan semoga semuanya dipermudahkan...walaupun masih merasa takut2 dan berdebar2 tapi rasa bersyukur dan gembira mengatasi segalanya...Insya Allah sekiranya diizinkan Allah kami memohon agar harapan kami termakbul...HARAPAN??? nanti di lain kali saya ceritakan...kali ini setakat ini dulu...

Wassalam