Thursday, May 26, 2011

hidup berserdehana mengajar erti kesyukuran...

assalamualaikum...

tiba-tiba rasa nak update blog...walaupun sebenarnya takde idea dan bahan untuk disampaikan...tajuk utk post kali ni masih berkisar tentang kehidupan...ketika melayari web sosial facebook tadi...banyak aku lihat status rakan-rakan yang berkisar tentang kehidupan masing-masing...ada juga yang mengukir kata-kata motivasi dan nasihat...tak kurang juga yang menampilkan tajuk-tajuk kontroversi...samada untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan lain atau sekadar suka-suka...aku pun sentiasa juga meng"update" status tanpa mempunyai maksud tersirat...kadang-kadang ada juga yang tersalah anggap...namun terpulang kepada persepsi masing-masing...

sambil melayari laman facebook...aku lihat ramai yang memuatkan gambar-gambar yang menarik untuk dilihat...tak kurang juga gambar-gambar yang tak seronok dilihat dan memalukan diri sendiri...seperti yang aku katakan...terpulang kepada persepsi masing-masing...tuan punya gambar merasakan ianya adalah yang terbaik untuk dipaparkan dan pihak yang melihat pula boleh memberikan pandangan masing-masing berkenaan gambar tadi...

apa kena mengena facebook dengan tajuk post kali ni? kalau difikirkan apa yang dipaparkan di facebook menunjukkan kehidupan kita seharian dan siapa diri kita yang cuba kita tonjolkan...hakikatnya di alam realiti mungkin itu adalah yang sebenarnya atau sebaliknya...cuma diri masing-masing yang mengetahuinya...

dari pemerhatian aku selama ini...aku amat bersyukur dengan kehidupan aku kini...bersederhana dan Alhamdulillah aku bahagia...mempunyai orang tersayang dan keluarga serta rakan-rakan yang mengambil berat dan memahami adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya...walaupun aku tidak mewah...cukup sekadar untuk makan minum dan berbelanja sekadarnya tapi itu aku rasakan bukan merupakan satu kekurangan...malah ia satu kelebihan...

cuma itu sahaja coretan aku buat kali ini...fikir-fikirkan apa yang cuba aku sampaikan di sini...

"keluargaku hidupku"

wassalam

Friday, May 6, 2011

kehidupan satu risiko...

assalamualaikum...

3 hari lepas (03.05.2011) aku hantar notis 3 bulan perletakan jawatan...dengan harapan dan semangat baru untuk menghabiskan semua kerja yang tertangguh dan mengemaskini semua kerja sebelum penyerahan tugas...semalam (05.05.2011) sekali lagi aku hantar notis...NOTIS 24 JAM perletakan jawatan!!!!

rasa sedih sangat tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat macam tu...sebab2nya biarlah aku dan orang terdekat ngan aku je yang tahu...aku TEKAD dan TAWAKAL atas tindakan aku...masa umrah bulan mac lepas aku ada berdoa agar diberikan petunjuk samada kerja aku sekarang adalah yang terbaik untuk aku...sekiranya ia adalah yang terbaik...jadi kekalkanlah aku dan tingkatkan prestasiku...dan sekiranya ianya bukan yang terbaik maka berikanlah aku petunjuk dan berikanlah pekerjaan yang lebih baik untuk aku...aku yakin segala petunjuk yang Allah berikan adalah jawapan kepada doa aku tadi...

itu berita terkini yang aku ingin sampaikan...secara rasminya aku dalam usaha mencari pekerjaan serta membuat perancangan untuk melakukan sesuatu untuk peningkatan diri dan akan dilaksanakan setelah perancangan aku selesai...terima kasih buat suami tersayang sebab sentiasa ada di sisi dan memberikan sokongan atas apa yang aku buat...di samping memberikan nasihat dan kata2 semangat...terima kasih juga buat kakak tersayang...nanie yang sudi mendengar...terima kasih juga buat sahabat tersayang...niza yang juga sudi mendengar...aku bersyukur atas semua insan tersayang yang berada di sekeliling aku...

2 minggu lepas aku keguguran...22.04.2011 aku mengalami pendarahan...doktor nasihatkan aku supaya berehat di rumah...pada 25.04.2011 aku ke wad kecemasan di hospital ampuan rahimah dan di situ aku keguguran...ketika sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik pemeriksaan...sakit yang teramat datang secara tiba-tiba...dan bila ke bilik air...aku dapat lihat sarung baby sudah keluar...suami menenangkan aku dan aku di bawa masuk ke bilik kecemasan dan dimasukkan air...setelah pemeriksaan didapati aku mengalami keguguran lengkap (complete abortion) jadi tak perlu dicuci...sepanjang berehat di rumah selepas keguguran baru aku tahu perasaan mereka yang pernah keguguran...tapi Alhamdulillah suami banyak membantu...terima kasih SAYANG...

hmmmm aku masih menunggu kakakku datang amik ni di airport kota bharu...pape hal aku akan updatekan di sini bila ada kelapangan....sekadar meluahkan dan mengkhabarkan sebagai peringatan kepada diri sendiri...

wassalam